Apa itu interview? Interview? Interview tu English la cik oiii!!!! Temuduga. Maaf. Temuduga ialah pertayaan dan jawapan majikan dengan permohonan kerja.(Kamus Dewan Bahasa edisi 4)
Ketika temuduga, macam-macam perasaan keluar. Takut, gemuruh, gementar dan macam-macam lagi perasaan timbul. Masuk tandas entah berapa kali. Yang menjadi mangsa tandas. Penangan temuduga.
Orang tua-tua selalu berpesan, sebelum melangkah, selawat 3x dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Masa temuduga je ke baru berdoa? Itulah manusia. Apabila keadaan terdesak baru nak ingat Alah. Berusaha dahulu sambil disulami tawakal. Hati harusnya pahat dengan nama Allah. Betul tak?
Bagaimana agaknya temuduga berkaitan solat? Bagi sesiapa yang cukup solat, Alhamdulillah. Bagi sesiapa yang kurang solat, nak jawab apa masa temuduga? Jadi, marilah kita sedaya upaya cukupkan solat 5 waktu. Bukan sedaya upaya tapi WAJIB cukupkan solat.(Ingatkan diri sendiri)
" Wanita ibarat bunga ros. Cantik, ayu, menawan tetapi jika sering dipuji, dipuja, ianya akan memakan diri sendiri."
"Oooo......jadi tidak boleh cantiklah?"
"Bukan tak boleh, tetapi bersederhana. Cantik dalaman lagi baik. Contohnya, solat, baca al-Quran, hormat orang tua, belajar rajin-rajin, jadi anak yang soleha, dengar kata ibubapa dan senyum. Senumkan satu sedekah. Selalu memakai tudung. Bukan tutup kepala je."
"He...he....em...jika buat semua tu, boleh jadi cantik ke?"
"Isy, adik ni. Lakukan semua tu kerana Allah dan ikhlaskan kerana-Nya."
"He..he..he..."
"Jadi, jadilah bunga ros yang cantik dimata Allah."
Cetusan idea bila-bila je boleh datang. Masa tidur ke, jalan-jalan ke, masa makan pun boleh datang. Tiba-tiba terasa nak menyibukkan diri. Isy..isy ....macam-macam hal. Apalagi, terus capai sebatang pensel dan buka buku lukisan. Lukis jelah apa yang terlintas.
*
*
*
*
Apa kene
mengena dengan semua ini?
*
*
*
*
*
*
*
oooo...Baner baru......Bawah ni apa pula?
*
*
*
*
*
*
ooooo..Kartun. Kartun?
*
*
*
*
*
*
*
Hari ini hati terasa begitu geram. Ingin marah, tak jadi nak marah. Tapi jiwa terubat milhat pemandangan yang sangat indah. Walaupun hanya sekadar melihat gambar daripada internet, sudah cukup memukau pandangan malah hati. Hilang sudah sifat marah. MasyaAllah, inilah kebesaran Allah. Sungguh cantik. Tetapi sayang, akibat kerakusan manusia, hilang permata yang dianugerahkan oleh Allah.
Cantikkan. Banyak lagi gambar yang saya perolehi di internet. Memadai gambar ini dahulu. Nak tengok lagi? Cari je dekat internet. Senang je. Macam mana? Ala, senang je. Macam nie. Pergi ke pakcik
GOOGLE. dan taip dekat
search box tu "Alam damai @ Keindahan Alam" . Kemudian, pergi ke
image, trenteng!!!!!!dah keluar gambar-gambar tersebut. Senangkan. Keindahan Alam ini, harus dijaga, kerana ianya untuk generasi akan datang. Lagi pun, alam ini pinjaman Allah. Jika tidak dijaga dengan baik, Allah akan marah dan ambil balik barang-Nya.
Kawan-kawan sedar tak,
sebenarnya kita mempunyai satu keistimewaan yang sangat besar selain memiliki
otak. Apa dia? Cap jarilah. Setiap orang memiliki cap jari yang berbeza.
Tiadalah penipuan identitikan?
Cap jari manusia merupakan
pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit timbul pada
hujung jari Kulit timbul ini juga dikenali sebagai "rabung dermis"
atau "papila dermis". Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan
biasa (kandungan utama air) dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit timbul
tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat atau bahan cemar lain yang terkena
jari dan ditinggalkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari.
Abdul Muttalib mempunyai
10 orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan. Antara anak-anak lelakinya
adalah Abbas dan Hamzah. Mereka adalah orang yang masuk Islam di kalangan
anak-anak Abdul Muttalib. Manakala
anak-anak yang mati sebelum kedatangan Islam ialah Abdullah iaitu Muhammad,
Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harith. Anak-anak perempuan Abdul Muttalib
ialah Sofiyah, Ummu Hakim, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.
Abdul Mutalib bernazar
kepada Tuhan, jika dia dikurniakan 10 orang anak lelaki, Abdul Mutalib akan
mengorbankan salah seorang anak mereka. Peristiwa ini berlaku selepas Abdul Muttalib
mengali Zamzam. Ketika Abdul Muttalib mengali Zamzam, orang Quraisy
menghalangnya. Hanya anaknya Harith yang mempertahankannya. Selepas Quraisy
mengakui Zamzam kepunyaan Abdul Muttalib, Allah mengabulkan doanya. Allah mengurniakan
10 orang anak lelaki kepada Abdul Muttalib.