Status Sudah Bertukar? - Entry Bergambar

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, segala perancangan untuk fasa kedua sudah lepas. Fasa pertama? Boleh baca di entry Dah Nak Kahwin?. Alhamdulillah juga sebab walaupun banyak kali tertunda, akhirnya majlis tetap berlangsung dengan baik dan bersederhana. Alhamdulillah..... :)

Ni apa cerita sebenarnya? Siapa yang sudah bertukar status ni? Majlis apa? shuhhhhh.....Macam ni ceritanya, 23/03/2014 termeterai satu perjanjian di antara dua buah keluarga. Ikatan perhubungan tapi belum kuat lagi. Tak faham? Senang cerita, majlis pertunangan la...peace. (Opss! terbukak pulak).

Nak dijadikan cerita, kami buat secara sederhana, ringkas tapi meriah. Orang pun senang hati. Tapi, kata en.tunang macam majlis nikah pula sebab sehari sebelum hari kejadian, rumah saya dikunjungi mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik saya. Wahai en.tunang, bukan sehari tapi dua hari sebelum majlis mereka sudah bertapak di rumah. Nenek pula tukang masak yang handal lagi best woo. Nak buat macam mana en. tunang, ahli keluarga belah mak dan ahli keluarga belah ayah satu kampung, senang nak kumpul.

Disebabkan, memori untuk membina ayat sudah semakin susut. Tidak terbina-bina sejak malam tadi, saya tetap jugalah nak bercerita.Tapi lebih banyak kepada hari kejadian daripada hari sebelum kejadian. La, lagi afdalkan. Bukan apa, hari sebelum kejadian pun ada kenduri doa selamat dan tahlil arwah.

Hari kejadian bahagian belakang.

Makanan usah cakap, dengan yang di masak, dengan yang di beri oleh mak cik-mak cik. Kenyang tetamu.
Solekan daripada mak cik sendiri. Orang yang tak pernah kene solek, inilah jadinya. Masa nak pakai celak kat mata, mak cik buat ketebalan biasa dan kepekatan yang biasa tapi mata asyik berkelip-kelip. Mak cik cakap, ni belum mak andam yang buat. Kalau mak andam yang buat lagi kaw-kaw punye. Tertelan air liur den.
Kami bertiga. Di manakah emak dan ayah kami? emmm... Gambar mereka berdua je tiada.
Sepupu sepapat dan makcik-makcik sebelah ayah. Makcik-mak cik sebelah emak sibuk di dapur. Mereka pun orang dapur jugak. Tapi sempat lagi terik saya. ngeh...ngeh...
Beberapa sahabat lama daripada zaman persekolahan.

Adik angkat. Orang tengah antara kami berdua.

Sesi sarung cincin. Mengigil kot. Nasib baik ade bunga yang mak buatkan. Boleh sorok tangan yang mengigil tu.

Sebahagian ahli keluarga en. tunang

Ini abang, adik, kakak ipar dan anak buah beliau
Sebahagian hantaran daripada pihak perempuan
Sebahagian hantaran daripada pihak lelaki

Terkilan sikit sebab tiada gambar saya dengan mak dan ayah saya. Nak buat macam mana, mak dan ayah sibuk melayan dan mengurus tetamu. Adik-adik saya pun cakap macam tu juga. Nak buat macam mana. Adik cakap, tak apa majlis lain kene pastikan mak dan ayah ada. Majlis lain? Saja lah tu nak sedapkan along dia.

Yang penting majlis ini tidak sekali-kali lupa akan arwah tokyah. Masih terngiang-ngiang pesanan dan harapan arwah tokyah. Agak terkilan sedikit, kerana arwah tidak sempat melihat kami tetapi saya lega sebab arwah sudah jumpa en. tunang. Mudah-mudahan Allah melapangkan roh tokyah. Al-fatihah.

Bermula dari hari itu, bertukarlah saya. Macam Power Ranger melakukan morphin pula. Opss....terbabas. InsyaAllah, Allah sebaik perancang. Tekad dalam hati untuk menjaga peribadi sehingga waktunya tiba. InsyaAllah. 

Aucakk! eh...malu-malu. Buat masa ini, wajah anda harus dilindungi. Bagi yang sudah tahu tu, diam-diam je yek.

Oklah..rasanya tak ada perasaan nak buat cerita part 1 dan part 2. Jika ayat terbina dengan jayanya, adalah part 1 dan part 2. Disebabkan , cerita sudah lapuk, maka disajikan beberapa gambar. Terima kasih membaca.


Saje je nak menyampuk di belakang. Bongsu di kalangan bongsu ni.Botak dan Nana. Lincah dan geliga.


***kredit to Nur Syafika Binti Zainudin sebab dia adik saya merupakan juru foto yang terulung diabad ini. Alahai guna handphone Samsung je kot.




Share:

4 comments

  1. Congrats dear... semoga ikatan pertunangan yang terjalin nih, akan membawa ke satu jalan yang lebih diredhai ..moga dipermudahkan segala urusan menunggu harinya yang bakal tiba..semoga tabah juga mengharungi dugaan orang bertunang nih..semoga kuat dari mental dan emosi... Btw,..terkojut neok gambor cik abe tuko gambar arnab/...kikikii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...shuhh..diam2 je wajah en. abei tu....nant die bertuko org pulak t...hahaha...terima kak tl..Thanks for the kek..:)

      Delete
  2. tahniah.. tengah darah manis ni banyak kene berjaga-jaga.. :) .. semoga urusan untuk ke langkah seterusnya di permudahkan Allah.. insya Allah.. aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, amin..terima kasih ye sis....Amin mudah2an...

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^