Dah Nak Kahwin?

Assalamualaikum w.b.t....

Ada yang terkejut ke? Sabar, sabar...Saya belum mula cerita lagi. Baru tajuk je tu, belum mukadimah atau pengakhirannya. Malah, plot cerita pun tak nampak lagi...

Tahun lepas, ramai bebenar yang melangsungkan perkahwinan, mengakhiri zaman bujang. Ada juga yang melangsungkan pertunangan. Umur saya ni sudah dikira boleh kahwin. Mak saya cakap, orang zaman dahulu kala umur 16 tahun dah kahwin. Terutamanya kaum perempuan ni. Alamak!!!

Itu dulu, zaman sekarang mana ada nak kahwin awal. Betul tak? Confirm ada yang mengeleng dan ada juga yang mengangguk kepala. *angguk-angguk, geleng-geleng.... Sebenarnya, Jodoh itu Rahsia Allah. Jika sudah tertulis hari ini kita nikah, hari ini juga bakal berlangsungnya majlis nikahnya. Jika hari ini tunang, maka berlangsungnya majlis tunang tersebut. Iya dok!





"Eh??? erna sudah nak kahwin ke?"

"Ehem, pergi kursus pra kahwin tu maknanya sudah nak kahwinlah yek....? "

Alhamdulillah, 29/12/2012 - 30/12/2012, saya pergi ke kursus praperkahwinan di Hotel Selesa,Pasir Gudang. Banyak ilmu saya perolehi, dari segi mental dan fizikal. Ilmu rumah tangga, ilmu keluarga. Bukan pakai sembarono je nikah dan kahwin ni. Banyak benda yang kene uruskan.Test HIV la, isi borang ini dan itulah. Banyak step. But it's ok. Buat perlahan-lahan. Mereka siap bagi flowchart apa yang perlu kita lakukan.

Saya pergi bukan seorang. Adik perempuan saya no2, Ika pun turut menemani saya  *Dia tak join pun kursus tu. Asyik makan tidur tengok tv je kat hotel. Of courselah, bakal pemimpin saya juga sertai kursus ni.

Melalui kursus ini, banyak benda yg kita perlu sediakan. Wang ringgit, rohani dan jasmani. Semua-semualah. Tapi yang penting, adakah kita bersedia untuk memikul satu tanggungjawab yang baru? Islam itu terlalu indah. Indah jika kite melaluinya dengan mengengam syariat Islam. Terutamanya yang bakal mendirikan rumah tangga. Betul dok!

Semasa kursus perkahwinan tu, saya berazam untuk menjadi yg terbaik untuk bakal pemimpin saya dengan mengisi ilmu-ilmu terutamanya sebagai seorang penyejuk hati dan mata. InsyaAllah, dengan izin daripada Allah, saya akan cuba menjadi hamba-Nya yang solehah dan mukminah. InsyaAllah...

Kemudian, saya berazam nak jadi seorang chef yang hebat seperti emak saya. Oh, emak! bila boleh belajar masak ni? Banyak benda kene belajar dengan emak ni. Tolonglah anak mu ni sementara masa masih ada......

Haisy! banyak lagi yang kene belajar ni. Yang penting, jika kita bersedia untuk ke kehidupan yang baru, makanya tidak susah untuk berlajar. Just do with your SMILING and CLAMMING. Everything gonna will be alright.







*Awak, InsyaAllah penantian yang dikatakan terseksa itu adalah satu perkara yang indah. Berkat penantian awak akan diberi hadiah yang begitu bermakna daripada Allah. InsyaAllah......







Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^