BERDERAU DARAH DAN JANTUNG
Assalamualaikum w.b.t......
"Sesungguhnya, Allah itu masih lagi memberi peluang kepada diri ini untuk terus berbakti kepada ibu dan ayah ku serta keluarga ku yang lain. MasyaAllah, terima kasih Ya Allah."
Mengapa erna? Mengapa? Apa yang sudah terjadi? Macam ada benda buruk ja yang berlaku?
Oh, tidak! satu pengalaman yang sukar digambarkan. Walaupun ianya biasa-biasa sahaja, situasi yang mungkin dikatakan masih selamat, tetapi...Mak!!!!, semangat anak mu ini luntur seketika. Nak kata pucat, ayoyoyo!!! terlebih gemuruh di jiwa ku ini.
Beginikah suasana mereka yang berada di kawasan yang genting, maksud saya kawasan yang banyak bom. Sekali meletup....semua berlari mencari perlindungan. Tapi, situasi tadi bukan dinegara yang bergolak. Ianya berlaku kawasan tempat kerja je. Itupun boleh merasa gegaran yang sungguh kuat. Kawan-kawan pernah alami bom? Siapa pernah, sila angkat tangan.
Kerja saya ini tidaklah dikatakan bahaya. Memang tidak bahaya pun. Tapi, bila berkaitan BOM BATU, kenalah bersiap siaga mencari perlindungan agar tiada sebarang kemalangan jiwa. Melihat daripada operasi mengebom batu ini, volumenya hanya 1.0....bacaan pun dalam lingkugan 4/5...wahhhh!! boleh jadi pakar bomm ni.... Tidaklah kuat mana pun bak hujan roket di bumi Palestine.
Tetapi.......apa-apa pun boleh terjadi. Walaupun kita yang menekan button hijau, belum tentu bom itu meletup. Itu semua perlu mendapat perkenan daripada Allah.huhuhu...... Sediakan payung sebelum hujan, itu lebih baik.....Sepatutnya, proses bom batu pagi tadi, saya dan kak mira perlu bergerak ke tempat selamat. Tapi apankan daya, kami berdua hanya minoriti. Terpaksa berdepan dengan situasi bergegar.
Berderau darah eden ini. Tidak tertanggungnya jiwa gemuruh. Lihat syiling bergegar macam gempa bumi memberi amaran. Ya Allah, elakkan benda itu berlaku. Aminnn.....Allah, hilang semnagat eden nak bekerja. Why nobody told us about this operation? persoalan demi persoalan timbul di benak pemikiran kami.
"Why they were never told us even we ask them before this?"
Persoalan bertambah lagi. Akhirnya, tiada siapa mampu beri jawapan kepada kami. MsyaAllah....pelbagai spekulasi hadir dibenak pemikiran saya dan kak mira. Apa tidaknya, hanya kami sahaja berada di pejabat, walhal perkeja yang lain sudah mendapatkan perlindungan.
Bayangkanlah, jika ada perkara yang tidak diingini berlaku seperti batu itu terpelanting ke pejabat kami. Tiada seorang yang akan tahu tentang keberadaan kami. Bukan mendoakan tidak baik, cuma agak terkilan. Apabila saya fikir balik, mugkin kami berdua ada silapnya. Jika sudah tahu pengeboman itu ditunda dan mungkin akan dilakukan pada kesokkanya, maka kami perlu bersiap siaga.
Maka dengan itu(ececeh), bagi saya kedua-duanya turut melakukan kesilapan berskala kecil baik diri saya dan kak mira, mahupun mereka. Mungkin mereka juga tidak tahu yang kami tidak tahu akan proses pemgeboman batu. Mungkin juga mereka merasakan, pihak kami yang lain telah bagitahu kepada kami.
Nasi sudah adi bubur. Jadinya, kami berdua telah buat keputusan, jika dengar siren amaran, tidak kira dekat atau jauh...kami perlu mencari tempat yang lebih selamat. Pengalaman yang MENAKJUBKAN....
* Thanks aziah bagi semangat kesukanan kepada diri ini...bila kita bersukan?????pening lalat
0 comments