Persahabatan Bermula Dengan Senyuman

Assalamualaikum w.b.t...

Pagi ini terlalu sejuk, sampaikan erna sendiri tak mampu untuk bangun. Tapi, sebagai seorang hamba Allah, kita perlu bangun untuk melaksanakan tuntutan untuk mencari keredhaan dan kecintaan-Nya. Allah, terima kasih Ya Allah, kerana memberi erna peluang sekali lagi untuk menghirup udara yang segar dan nikmat kehidupan hari ini. Bangkit!!! Erna!!! Bangkit!!!!

Allah, apabila mengeliat, seluruh badan terasa ringan. Nanti dulu! ada orang tak? Manalah orang nak skodeng. Allah tengah lihatkan. Ups!!! cover-cover. Seperti biasa, awal pagi bangun untuk melakukan solat Subuh walaupun hari ini tidak kerja. Kemudian, saya pun membuka lampi saya. Saya usha segala gambar-gambar zaman silam.

Tetiba erna rindu dengan kawan-kawan. Baik zaman sekolah, matrik mahupun zaman universiti. Terujanya melihat gambar-gambar dahulu. Bak kata kawan erna, si Aziah tu:

"Ko memang spesis teruja. Semua benda ko nampak teruja."


Muka teruja macam ni ke?

Amik kau kene sekali! Adoi..macam kene penumbuk je. Betullah tu kawan. Haha....ok..sambung balik. Apabila kita dah bekerja ni, perasaan ingin kembali ke zaman sekolah, zaman matrik atau zaman universiti akan timbul semula. Jangan nak beranganlah, umur makin ke dalam bukan ke luar..macam mane tu?

"Nanti, bila korang dah keje macam cikgu ni, mesti korang nak kembali ke sekolah semula. Sekarang ni memanglah tak kan. Korang tak rasa. Nanti korang rasa sendiri."

Tergiang-giang ayat cikgu tu. Tapi erna tak ingatlah siapa cikgu tu. Aisy..teruk bebenor kamu ni erna. Kawan-kawan ingat lagi tak, ketika kita mula masuk sekolah dahulu. Tiada siapa yang kita kenal. Baik kawan-kawan malah cikgu-cikgu. Rasa takut-takut je nak pergi sekoah kan. Budak lelaki tak tahulah kan. Ada yang spesis teruja macam erna kot. Hahaha.....

Hari pertama sekolah, puas ibu bapa memujuk, termasuk cikgu lah kot. Tengok kawan pun macam mahkluk asing. hahaha.....apa kejadah tengok kawan macam makluk asing...punyalah encem dan cantik dikatakan makhluk asing.  Masuk hari kedua, kita mencuba untuk situasi yang baru. Cuba berjinak dengan kawan-kawan. Agaklah kot. Perkara apakah yang kita mula-mula  untuk berkawan. Of courselah, SENYUM kan.


"Senyum seindah suria, yang membawa cahaya
senyumlah dari hati, Dunia mu berseri,
Senyum membawa impian dalam kehidupan,
Kau tersenyum, ku tersenyum
kemesraan menguntum"

Bermula dari situlah, kita membina sebuah persahabatan. Bergitu juga apabila kita melangkah alam universiti. Berbeza latar belakang tidak sekal-kalii mematahkan perhubungan persahabatan yang ada.  Wah!! erna rindu nak berprogram macam dulu-dulu. Sibuk sana sini. Kejar sana-sini dan yang paling best dapat merantau banyak tempat. Rindu kepada adik-adik yang pernah menjadi adik erna ketika berprogram. Baik di dalam universiti mahupun luar universiti. Rindu menjadi FASILITATOR!!!! Semua nak rindu. Tapi itu semua menjadi kenagan terindah buat erna.

Dengan persahabatan yang terjalin, erna belajar banyak benda. Ketika sekolah, belajar gembira, ketika matrik belajar berkongsi dan ketika universiti belajar komunikasi. Ianya bermula dengan SAHABAT. Dan persahabatan bermula dengan SENYUMAN.


Iftar 2012, Buka pose yang terlebih buka...Masing-masing muka kenyang-NEJES(5J1 2006)


Ada berani nak bedah tikus?-MATRIKULASI H20


Mari Shopping ke BP Mall. Promote ke apa ni?-Bilik M205


Muka-muka lepas bersenam. Bagus, mengajak ke arah kebaikkan.-Bilik A201


Umat manusia bermain bowling di BP Mall - Kelab KKDK di hati


Muka-muka nak balik...hehe...rindu mau berkampung lagi - JKK10/11


Adoii...blur plak gmabar nie....Tak nampak muka sowang-sowang - IT 4ever(Multimeida, IS, SE, Network)

Next Gambar? Dah tak ada dah...huhu..ala ada je lepas ni....next group please!...@@@$$$^^^***(()$$%%^&**, jap-jap group mana pulak ni....toink!!!!


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-



* Kelab KKDK tidak ada panggil untuk sukarelawan ke? JKK10/11 tak mau buat reunion ke? MM Group rindu nak g blajar kat panggung wayang. Bila kita nak kumpul lagi nie budak nejes(5J1)...."







Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^