Bila Keseorangan


Bila kita keseorangan, ingin mencari sesuatu kedamaian dalam diri. Terasa kekosongan mengiringi dan menemani diri yang keseorangan.

Bila kita keseorangan, satu persatu orang kesayangan kita akan menerjah di kotak pemikiran kita. Rindu kita semakin meninggi. Terlalu rindu sehingga ingin menerbangkan sayap, pulang segera. Ibu, Ayah..rindu ku terlalu utuh untuk ibu dan ayah. Ampuni anakmu ini.

Bila keseorangan, terasa apalah dosa kita yang dibiarkan keseorangan. Sejujurnya, kita manusia biasa yang alpa dengan kesalahan yang kita telah lakukan.

Bila keseorangan, kite akan rasa beginikah sunyinya kita di alam barzakh. Menyendiri dalam ketakutan dengan dosa yang telah kita lakukan.

Bila kita keseorangan, Ya Allah, aq terlalu lari daripada-Mu. Aku lupa kepada-Mu..selama mana aku hidup semuanya datang daripada-Mu. Ampuni aku Ya Allah. Engkau hanya ingin mengajarkan ku untuk muhasabah dengan apa yang telah aku lakukan sebelum ini. Rintihan ku datang sekali sekala. Kealpaan ku sentiasa menerjah. Ampuni aku Ya Allah.

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^