Permulaan Yang Penuh Cerita

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum semua. Salam kembali daripada Erna. Lamakan kita tidak menyapa, berkongsi dan beramah mesra dengan kamu, kamu semua. Maaf sesangat daripada hujung rambut sehingga hujung kaki. Bukanya apa, kita terlalu sibuk dengan menguruskan tempat yang baru dan kerja yang baru. Mencari keserasian. Kita banyak nak cerita atau berkongsi dengan kamu semua...tapi tidak kesempatan nak bercerita..

18 Mei baru-baru ni, genap 3 bulan kita kerja di Metalux. Alhamdulillah, jika ikutkan dalam surat perjanjian dan tawaran, tamatlah percubaan kita tapi bos kita nak tambah lagi.  

He want to observe me longger than tahat. Oh, no! I want a confirmation letter.

Sabar Erna. Allah hanya duga kamu. Ok....fighting!! erna, you can do it!!!!. Saya boleh buat yang terbaik.

Masa 3 bulan percubaan, banyak kesalahan yang saya lakukan. Tapi saya belajar semuanya.  

No body is perfect but practice make you perfect.

Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang untuk kekal di sini, kemudian barulah big boss saya bagi peluang. Yang PENTING! jangan sesekali mengalah atau berputus asa serta percaya dengan Allah. Allah sentiasa untuk kita.

Eh, jap-jap....kita kerja sebagai Creative Design and Multimedia Marketing Exect. Alhamdulillah, kita dapat kerja yang sesuai dengan bidang yang kita inginkan. Suka sangat-sangat. Walaupun, banyak urgent!!!!!!! je kerjanya dan sering kali tersentap, tapi saya suka. Waktu kerja pun tidak terlalu padat sangat.

Kahwin nanti, masa dapat dibahagikan untuk keluarga. Ye dop!!kikikiki..

Amboi erna, belum apa2 dah nak kahwin...

Bulan enam sudah datang. Bulan enam banyak jemputan kahwin. Mak cik pun nak kahwin. Semua nak kahwin. Kenapa asyik kahwin ni? Well, nak buat macam mana, semua nak ambil berkat. InsyaAllah, mudah-mudahan diperkenankan oleh Allah.

Sejauh mana Allah menduga, Allah tetap dengan cara Dia untuk melihat sejauh mana kita kekal dengan Dia, cinta akan Dia, maka itu Dia akan kekalkan cinta kita. Allah lebih Adil kan. Perancangan Allah lebih hebat. Betul tak? InsyaAllah, awak tu jangan risau, tidak mengapa sekarang ini kita masih lagi kekurangan tetapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Don't worry.

Tok yah kegeringan di kampung. Sakit selepas sihat. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi pinjaman Tok yah kepada kita sekeluarga. Ada hikmahnya mengapa Allah timpakan kegeringan terhadap tokyah. Walaupun saya jauh di sisi, hati tetap risau. Setiap malam telefon mak di kampung. Disebabkan musibah inilah, semua anak-anak dan menantu-menantu serta cucu-cucunya ambil berat dan jaga tokyah. InsyaAllah, tok yah akan sihat hendak-Nya.

"Ya Allah, berilah kesempatan kepada tok yah agar tok yah kembali sihat dan dapat lihat majlis ku nanti." Itulah impian tok yah.

Eh.....ada orang pelik....ada yang istimewa ke?InsyaAllah, Allah lebih tahu....sabar yek....kita akan cerita lagi dan berkongsi untuk memperbaiki kehidupan kita.



Salam daripada,

Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^