High Satisfaction BUT.......???@@@

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Saya macam wanita lain tapi tak sama iaitu melakukan sesuatu untuk high satisfaction diri sendiri. Membelai diri dengan cara berseorangan dan melakukan sesuatu pun secara berseorangan malah membeli sesuatu barang pun secara berseorangan. 30 minit pun dah kira bagus untuk membeli belah tak pun makan dalam masa 15 minit untuk diri sendiri pun dah kira baik.

Tetapi, emak saya akan sentiasa cakap yang high satisfaction saya seakan membazir atau terlalu mahal atau membuang masa. Sedangkan saya akan ungkapkan kepada emak saya bahawa, "hanya untuk kepuasan diri emak. Bukan selalu pun." Bukan sebab selalulah, high satisfaction seakan nampak membazir, mahal dan membuang masa.

Saya pernah membeli sehelai baju peplum dionline. Bajunya sangat cantik. Peplum Princess namanya. Warna peach. Sangat lembut. Disebabkan jarang membeli belah dan saya berkenan secara tetiba, saya membeli sehelai peplum tu di IQAHRIDZUAN. Kebanyakkan peplum sangat cantik. Harga dalam RM68. Dan saya membelinya. Bagi saya, itu adalah kepuasan bagi diri saya untuk memiliki sehelai peplum tapi bagi emak saya, baju peplum tu mahal. Di pasar malam boleh dapat dalam RM30++ daripada harga yang saya beli. Dan memang betul pun, peplum di pasar malam boleh dapat dengan harga RM30++ dan lebih selesa dengan peplum yang saya beli. Akan tetapi, saya berkata kepada emak saya "hanya untuk kepuasan diri emak. Bukan selalu pun." Bukan sebab selalulah, high satisfaction seakan nampak membazir, mahal dan membuang masa.

Saya pernah membeli sebuah bekas makanan untuk dibawa bekal. Bekas makanan tu besar sikit dan ada 3 bahagian. Boleh letak nasi, lauk kering dan lauk basah. Harganya, RM2. Saya beli di kedai RM2, Bandar Penawar, Pengerang. Dalam masa yang sama jugak, adik saya pun beli bekas makanan untuk di bawa ketempat kerjanya dan harga pun RM2, tapi patern bekas makanan adalah berbeza dengan saya. Mak saya tanya, mengapa tak beli sama dengan adik sebab bekas makanan pada adik lagi tahan lama. Dan saya akuinya kerana penutup bekas makanan saya longgar daripada penutup bekas makanan pilihan adik saya. Dan seperti biasa, saya katakan pada emak saya "hanya untuk kepuasan diri emak. Bukan selalu pun." Bukan sebab selalulah, high satisfaction seakan nampak membazir, mahal dan membuang masa.

Pernah juga saya membeli sepasang kasut high heel semata-mata untuk dinner kelab di UTHM dahulu. 3 inci pulak tu, Warna dark blue bersama rock blink. Harga pun boleh tahan dalam RM59.90 di Red Modani, Summit, Batu Pahat. Bagi orang seperti saya yang hampeh nak pakai kasut tumit tinggi macam tu sekali, sekali beli nampak macam murah, tapi masih lagi di kategorikan sebagai harga mengancam, as student la. Tapi mak saya kata, buat apa beli kasut mahal-mahal pastu tinggi melangit. Lepas tu pakai sekali je. Kalau beli tumit biasa, boleh pakai hari-hari. Well, apa yang emak saya cakap tu betul. Kasut tumit tinggi tu sudah jadi perkasam di dalam rak kasut di kampung. Dan seperti biasa saya cakap dengan emak saya, "hanya untuk kepuasan diri emak. Bukan selalu pun." Bukan sebab selalulah, high satisfaction seakan nampak membazir, mahal dan membuang masa.

Sekali lagi, hari ini saya melakukan high satisfaction untuk diri saya sendiri. By my own. No other person. Jalan seorang diri di AEON Taman Universiti ketika waktu rehat dan merangka nak makan itu dan ini. Kononnya, untuk kepuasan diri. Setelah berkira kebanyakkan tempat, tak kisahlah pizza hut, secret resepi, KFC dan Johnnys, semuanya penuh. Kecuali RasaMas. Dan akhirnya, saya memilih RasaMas. Saya oder, Nasi ayam chickenChop dan Taufu Japanese. Manakala air pula,  air suam. Memang saya jarang minum air manis. Kesemua harga untuk makanan yang saya pilih ialah RM24.20. Tetapi kepuasan saya hanya pada pandangan mata kasar bukan pada naluri. Antara sebabnya, chickenchop dia kecik dan sos sikit sangat. Pergi kat kedai chickenChop di hutan bandar lagi besar daripada yang ini. Manakala Tauhu jepun pulak , boleh masak banyak-banyak di rumah. Jimat.Cuma, sup dia sedap. ngeh...ngeh.....Seperti biasa, apa yang akan saya katakan kepada diri saya sendiri, "hanya untuk kepuasan diri je ni. Bukan selalu pun." Bukan sebab selalulah, high satisfaction seakan nampak membazir, mahal dan membuang masa.

Makan di RasaMas....Rasa??? sedap lagi masakan emak saya.

Baru-baru ni, saya membeli powerbank secara online di lazada. Kerana disebabkan seperti keperluan untuk kemana sahaja, saya rasa perlu ada powerbank. Tanpa survey banyak tempat, saya decide beli powerbank di Lazada dengan harga RM75 dan kebesaran 20000Mzh. Pada pandangan saya, seakan murah. Tapi en.beliau kata mengapa tak tanya dia dulu. Bukan Lazada mahal ke? Hahahaha, maaf ye en. beliau. Ops, dah jadi en. tunanglah!!! hihihi. Bab ini bukan menjadi kepuasan diri, tetapi menjadi keperluan. Sediakan payung dulu sebelum hujan. Cuma, agak bengap sikitlah sebab tak survey betul-betul.

Pink is my favourite but blue ih his favourite

Kadang-kadang kita tidak dapat menilai yang mana seharusnya dilakukan untuk kepuasan diri asalkan kita fikir perkara yang jarang kita lakukan dan apabila kita lakukan menjadi satu kepuasan. Padahal, macam-macam cara kita boleh lakukan. Betul tak?




Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^