Gembira dengan pertolongan kecil

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum semua....

Agak terketar-ketar nak menaip menggunakan handphone. First time ni kak Kiah. Memandangkan Erna pun berusaha untuk berkongsi cerita/post something sekurang-kurangnya sehari sekali. That's my promise right? Janji harus ditepati, bukan dicapati kan Kak Kiah?.

Yeiiihaaa! Siap juga mengemas dapur rumah. Al-maklumlah, orang bekerja ni hanya hari minggu je dapat mengemas. Sekali mengemas, wajib kemas, bersih dan teratur. Hari-hari biasa tu hanya menyapu. Kadang-kadang tak menyapu pun. Pemalas kan? Eh! Erna buat  kerja rumah ye Kak Kiah terutamanya memasak dan membasuh.Tu kira pemalas juga ke? Bukan pemalas kan En.Husband? En.Husband je yang tahu sama ada Erna ni malas ke tak. Hihi

Berbalik mengemas dapur tu, Erna sangatlah suka. Tersenyum memanjang. Bangun pagi pun, tersenyum je tengok dapur. Pastu, panggil En.Husband minta dia lihat dapur.

"Wah! Bersihnya dapur."

Senyum ke telingalah kita. Nampak tak? Nampak tak? Tujuan panggil En.Husband tengok dapur sebab tulah, dapat pujian daripada  dia. Takkan daripada orang lain kot. Mestilah dengan suami sendiri. Kan Kak Kiah?

"Yelah tu pujian, entah-entah perli kot."
"Taklah Kak Kiah, En.Husband tu pujilah. Tengok riak wajah pun tahu Kak Kiah."

Apabila dah dapat pujian melangit daripada En.Husband, tambah pula dapat kiss.Opss! Sorry... bertambah semangatlah kita nak kemas bilik lain. Gambate Erna!!!!

Masalahnya, malam-malam buta baru nak mengemas. Keletang-keletung di malam hari.  Dahlah rumah level 5. Paling atas. Geram je orang bawah. Bukan ketuk batu lesung Kak Kiah.

Orang lain enak di buai mimpi tapi Erna bersemangat waja megemas rumah. Puan Erna oit! Orang mengemas pada siang hari. Bukan malam hari. Kak Kiah, pukul 1 pagi tu bukan siang ke?

Bukan apa Kak Kiah, siang hari Erna dan En.Husband banyak habiskan masa bersama. Masak masakan untuk En.Husband. Lagipun, mengemas di malam hari ni tak adalah penat sangat sebab suasananya tenang je dan sejuk. Jadi, ok je buat Erna. Lagipun En.Husband ada.

"Abang tolong sekali yek."
" ok, nanti sayang akan panggil abang bila sayang perlukan bantuan abag."

Memag seronok bila suami ada sekali untuk menolong tapi, Erna akan kemas yang mana ringan dulu dan mana yang Erna boleh buat. Jadi, En.Husband amik peluang untuk berkarok dalam rumah. Tulah hobi dia sekarang.

Walaupun En.Husband tidak banyak menolong tapi bila Erna perlukan bantuan daripada En.Husband, dia pasti akan datang menolong. That's made me happy. Really. Rasa reliave sangat bila En.Husband datang tolong. Itulah suami isteri. Tolong menolong antara satu sama lain.

Sekejap-sekejap panggil En.Husband. Bila rasa dia sudah selesai karok,  baru Erna panggil dia. Pagi-pagi buta pula tu. Dahlah sanggup menemani isteri dia yang kemaruk mengemas dapur di malam dan pagi hari. Relaks je dia sebab dia boleh buat hobi dia tu di pagi hari seperti kebiasaannya. Bila Erna terasa rumah sunyi je, tahulah Erna kemana En.Husband pergi. Karok dalam bilik lah kan En.Husband.

Akhirnya, tepat pukul 2 pagi, sesi mengemas dapur berakhir dengan jayanya. Seronok dan gembira sangat dengan suasana dapur rumah. Dapur kami kecik je. Jadi Erna akan pastikan ruang dapur tu tersusun dan nampak luas walaupun keluasannya kecik je. Minimumkan barang dan susun atur tu main penting. Alhamdulillah, perabot di dapur tak banyak dan x besar mana pun. Paling besar adalah peti sejuk. Tu pun tak besar. Sederhana je. Jadi, sebab itulah , dapur kelihatan besar. Boleh lah. Hahaha...

Alhamdulillah, walaupun En.Husband tolong Erna tak banyak mana, tapi Erna tetap gembira sebab pertolongan En.Husband buatkan Erna gembira. Terasa kerja tu semakin cepat. Terima kasih En.Husband sebab bagi semangat kat isteri awak ni yang buat perangai mengemas di malam hari. Malah, bantu isteri awak ni bila diperlukan batuan. Jangan serik ye bila sayang asyik panggil abang je. Hihi...




Jumpa lagi.








Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^