Nasi Lemak Buluh

PERINGATAN: Post ni dah lama taip tapi terperuk dalam draft. Walaupun agak basi, nak jugak kongsi dengan korang semua. :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua. :)

Korang pernah dengar 'Nasi Lemak Buluh? Ke kita yang ketinggalan zaman berbatu jauhnya.
Yelah sebelum ni, kita cuma dengar nasi lemak yang biasa emak-emak kita masak atau warung-warung tepi jalan jual.

Atau pun nasi lemak kukus dengan ayam goreng rempah. Orang kata, nasi lemak kukus baik untuk kesihatan? Yeke? Ataupun, nasi lemak wak kentuk. Dalam post sebelum ini, Erna ada post tentang Nasi Lemak Wak Kentuk. Marvelous sangat-sangat. Nak-nak ayam goreng. Nak tahu lebih lanjut tentang Nasi Lemak Wak Kentut, sila Klik Sini.

Nasi Lemak Buluh ni, Erna jumpa petang semalam (Maksudnya, sebulan yang lepas. Mak datuk, lama sangat terperuk). Depan rumah Erna je. Pelik? Sebelum ini,  tak ada pun akakkk ini jual depan rumah kita. Yelah, mungkin kawasan rumah Erna ni, kawasan makanan, restoran je memanjang. So, akak ni fikir mungkin rezekinya disini.

Erna pun singgala ke tempat akak ni, ternampak menu nasi lemak buluh dan ubi rebus. Tekak rasa nak makan ubi rebus. Apabila terpandang nasi lemak buluh tu, berkira jugak lah dalam kepala otak ni. Akak ni jual dua menu je, nasi lemak bulu dan ubi rebus tu je. So, Erna cuba nasi lemak buluh. Nak tahu jugaklah macam mana rupaaanya nasi lemak buluh tu.

Akak tu mintak erna tunggu sebentarlah. Dalam hati cakap bukan nasi lemak bungkus gitu je ke? Kenapa nak tunggu? Agak lama jugaklah. Tapi, kita boleh nampak sendiri bagaimana nasi lemak tu disediakan.

Okay, dah nampak dah. Akak tu masukkan sehelai daun pisang ke dalam buluh yang telah di potong dalam anggaran 6-7 inci. Lepas tu, akak tu masukkan nasi lemak pulak dalam buluh tu. Nasi lemak tu kosong tau. Tak ada bahan. Lepas tu dia kukus nasi lemak tu. Oh!!! Macam tu rupanya nasi lemak buluh.

Agak-agak dalam 5-10 minit, barulah akak tu keluarkan nasi lemak tu. Buluh tu kita tak bawak balik tau. Akak tu recycle untuk kukus nasi seterusnya. Tapi, kenapa sekejap pulak kukus nasi tu? Mungkin, akak tu sudah masak separuh di rumah kot. Kotlah. Lepas tu, barulah dia letak bahan-bahan lain.

Inilah rupa nasi lemak buluh. Buluh tak ada yek. Akak tu guna untuk seterusnya. Nasi tu yang dikukus dalam buluh. 

Ada ayam goreng, rendang daging dan timun. Rendang dia sedap.

Jangan lupa sambal yek. Kalau tak ada sambal, tak sedap. Dalam plastik tu ada kacang dan papadom.


Rasanya, oklah. Janji perut diisi. Mungkin ada tempat lain yang lebih sedap, mana tahu kan.

Oklah, jumpa akan datang. :)




Share:

1 comments

  1. uniknyer, tak pernah jumpa lagi

    p/s:Jemput join segmen Bloglist Julai-Ogos CN yer ;) http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/Segmen-Bloglist-Julai-Ogos-2015.html

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^