140km/j Dikala Kecemasan

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua.

Untung-untung Allah masih lagi memberi kesempatan dan peluang untuk hidup. 
Kejam sangat ye kau Erna bawak kereta cecah 140km/j, kereta auto viva pulak tu. Sudahlah kau bawak anak orang. Eh, tak kejamlah tu kita bawak 140 km/j. Itu sebab waktu kecemasan. Kalau hari -hari sebelumnya, biasa je kita bawak. Tak percaya jugak ke?

Betul cik Kiah.

Semalam, adik sepupu saya, Fatin baru sahaja kematian ayahnya. So, nak mudahkan semua orang, saya mengambil Fatin di Hospital Pontian sebab Fatin buat praktikal sebagai nurse di sana. Lagipun, saya tinggal di Taman Universiti, Skudai. Tak adalah jauh mana pun. Daripada abang dia nak pergi ambil dia. Banyak jalan nak lalui. Dahlah abang dia tuan rumah.

Selepas dapat berita tu daripada ayah, terus bersiap-siap dan pergi ambil si Fatin. Tau-tau jelah jalan di Pekan Nenas. Sesak kot. Penuh bebenar warga asing. Dengan kereta lagi. Oh lupa, semalam hari pertama orang kerajaan kerja kan.

Sebenarnya, kita sendiri kecut perut bawak 140 km/j. Mungkin bagi sesetangah orang, 140 km/j tu perkara biasa. Yang suka driftlah kan. Tapi, sebab kita fikirkan si Fatin yang duduk sebelah, kita bawak je sampai tak sedar yang meter dah cecah sehingga 140 km/j.

Berdoa panjang dalam kereta. Kadan-kadang tu, jeling-jeling juga Fatin kat sebelah. Alhamdulillah, target kita sampai kat kampung sebelum pukul 2 petang dan Alhamdulillah jugak Fatin dapat jumpe arwah ayahnya.

Cik Kiah, sila jangan tanya, "tak sebak ke?". Apa yang tak sebaknya, pak cik sendiri kot tapi lagi sebak anaknya sebab  tak sempat jumpa ayahnya. Itu lagi sebak. Disebabkan itulah, kita ni bawak kereta sampai tak ingat dunia.

So, nasihat kita:
Biar lambat, asalkan selamat.

Sampai tak sedar, cermin depan kereta retak panjang. Oh My midnight!!! I'm so sorry. Ni kes batu terpelanting lah ni kene midnight kita. 

Ayah cakap jangan risau, cermin depan kereta ni double layer. bila rasa-rasa tak ada plak kesan retak. Dia macam retak kat dalam. Kalau tengok dari luar kereta, memang nampak kesan batu. Oh, jahant punya batu.


Tu je nak ngadu. Bye!!!!



Share:

1 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^