Romantik Suami

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua.

En.Husband tengok apa tu? Aipp!! jangan nak ngada-ngada tengok org lain.....


Hati-hati ketika musim Jerebu ni ye terutamanya negeri-negeri selatan. Bau udara sekarang ni, MasyaAllah..Busuknya tak terkata.

Eh! Kak Kiah ada rupanya. Jangan menrajuk ye Kak Kiah, kita bukan sembunyi tapi tau2lah busy sikit sejak akhir-akhir ni. Bahkan badan lemah je ni. Dengan angin satu badan. Udara pulak buat semua orang sakit. Senyum sikit.....  :)

Alhamdulillah, pejam celik..pejam celik sudah 3 bulan 2 minggu dah Erna jadi bini orang. Masih lagi dalam status honeymmoon. Eh! bukan tak nak anak awal-awal. Allah suruh kami bersuka ria dulu. Stabilkan ekonomi. Lagipun, belum sampai rezeki lagi. Lagi pun bukan kami tak berusaha. Biarkan apa orang kata. Kami jalani kehidupan kami dengan baik. InsyaAllah...

En.Husband ni memang manis mulutnya tapi bila dapat dia bertegas, memang tegaslah. Sampaikan kita yang akan kecik hati. Lepas tu merajuk. Tapi, masa memujuk tu boleh buat kita gelak. Tapi tahan gelak tu sebab nak tengok sampai bila dia akan memujuk.

En.Husband ni romantik dia bukan dengan harta benda. Dok p junjung dengan emaslah, baju bajan lah tapi romantiknya dengan makanan. Dia tau isteri dia ni kuat makan. Tak kisahlah makan apa pun. En Husband, sedarkah anda yang isterimu makin naik badannya.

Kadang-kadang tu romantiknya pada perbuatan. Tetiba je kiss pipi. Eh.Husband, depan orang jangan buat yek. Malu kita. Memanglah halal. Public kot. Manusia sekarang NI, yang halal ke yang haram ke semua perihatin. Jadi, behave yek. Dalam rumah tak apa.

Isy, rajin sangat En.Husband ni. Bila kita terjerit dari dapur barulah dia dengan senyum romantik dia, tolong kita apa yang patut. Tapi, jika kita ni memang betul-betul penat, dia sendiri akan buat. Tu yang rasa, bestnya kalau En Husband buat tiap-tiap hari. Tapi masalahnya, ianya datang sekali-sekala je. Eh! Kak Kiah, sekali-sekala tulah dia buat dengan penuh romantik.

Tapi, bagi saya romantik dia pada senyuman dia. Sungguh, itu adalah romantik dia. Romantik tak kita? hahaha...... Erna yakin, setiap suami ada romantiknya tersendiri. Jadi, kita terima seadanya dengan pasangan kita.

Selamat pengantin baru buat mereka yang nak berkahwin dan selamat menjalani kehidupan rumah tangga..:)




Share:

3 comments

  1. Tahniah erna, selamat berhpneymoon..")

    ReplyDelete
  2. romantik betul hehe semoga akak dan suami dikurniakan kebahagiaan berpanjangan

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini dik ena...wahhh...best tu dapat suami yang romantik...hihi

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^