Cara Menghadapi Tempat Kerja yang Suram

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum readers.

Aucakk!!!! Betullah ini blog alongwawaerna. Cuma latar belakang blog je yang berbeza. Rajinkan saya. Bila masalah cik muda ni menukar latar belakang? Cik muda? Hahaha...saya rakyat biasa je. Mestilah ketika waktu kerja. Hahahaha......

Totally, miserable. Saya rasa sangat tengelam dengan dunia kerja yang suram. Kerja banyak ke? Bos ada ke? Dalam seminggu ini, saya rasa company ni kosong. Tiada suasana sibuk yang penuh dengan orang. Saya rasa seakan pungguk menanti bulan. Eh???

Ke mana pekerja yang lain? Staff yang ada termasuk bos hanyala 5 orang. 4 orang di bahagian lab manakala saya seorang sahaja di bahagian hadapan. Sebelum ini, seorang admin bersama dengan saya di bahagian hadapan. Selepas beliau berhenti kerja. Tinggallah saya seorang. Admin baru akan mula kerja pada hari Isnin ini. Tapi hari ini saya merasakan dunia saya kelam. ecececeh...hahahaha...


Kerja tak ada ke? Bos tak masuk ke? Haaa! amik kau sekali soalan datang. Kerja? Ada je. Tapi tidak terlalu banyak. Adalah 2, 3 kerja tapi sudah siap. Bos pula, akan masuk sebulan dalam 4,5 kali sahaja. Main company berada di Singapore. Jadi bos saya akan datang bila ada perkara yang sangat penting sahaja. Selebihnya, kami berhubung melalui email. Itu semua kerja ok.


Ada faham? Berseleraknya meja saya.

Bila saya sudah merasa sangat bosan yang teramat, mulalah kaki ini gatal berjalan-jalan di kawasan company ni. Pergi surau, semuanyalah. Poyo je lebih. Bukan besar mana pun company ni. Staff pun sangat sedikit ok. Untuk maklumat korang, saya bekerja sebagai multimedia designer dalam company ni. Saya seorang je tau untuk jawatan ini. Lepas tu bos pun asing-asing. Bos untuk 4 orang staff tu adalah anak kepada bos saya. Korang tak faham? Tak mengapa, abaikan.


Mana orang sebelah ni? Ops!! Tiada. Eh! bilik boss gelap...Em...suspen je. Cik boss ke bahgian Lab.
Bilik admin pun kosong. Minggu depan baru ada. Orang baru!!!
Tingkap penghubung orang lab.
Melihat benda merah tu melambai-lambai membuatkan saya nak tidur pula.


Pantry serba hijau. Rasa macam berada di hutan tak?

Untuk bahagian lab, saya tak dapat nak ambil sebab itu kawasan districted. Hahaha...Apa perasaan korang melihat suasana ofis yang kosong belaka. Sunyi sepikan? Nak wat macam mana, redha jelah. hihihi.....Saya sayangkan ofis saja...Sambil-sambil tu tangan ke dada. (Terasa poyo sangat. Berlakon je lebih)


Menikmati segelas susu. My favorite. Tapi kene hold sehingga saya merasakan boleh minum semula.

Tapi, kesunyian saya hanya sementara selepas mendengar selawat yang sangat best. Makin nak berselawat. Puas saya mencari video selawat ini. Siap scroll page Facebook sendiri. Sebab saya yakin saya pernah kongsikan video ni dalam facebook. Tapi saya tidak jumpa. Akhirnya, saya mesej en.beliau bertanyakan jika dia ingat ke tidak video tu. Mestilah dia ingat sebab kereta dia pernah mainkan selawat tu. Terima kasih ye en.beliau. Selamat mendengar yek.


video
Muhammad Nur - Band Harmony



Jumpa Lagi!!


Tags:

Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^