Tudung Dan Teguran

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, selesai sudah Ibadah Ramadhan pada hari yang ke-2. Syukur, saya masih bertahan sampai ke Maghrib sedangkan badan tak larat nak menampung angin yang merawak dalam perut. Sedawa dan perut memulus menjadi sebati dalam badan saya. 

Tapi, saya syukur sangat-sangat sebab angin tak naik dalam kepala saya. Kalau tak, semua kerja tak jalan okai. Nasib baik hari ini cuti. Dapat berehat-rehat di kampung.

Okai, hari ini saya nak share something yang membuka mata saya.

"Hari tu, mak ya ada terserempak dengan budak yang pakai baju lengan pendek sangat tapi pakai tudung. Pastu mak ya sound dari jauhlah. Pastu semua orang tercari-cari." 

Pastu mak cik saya gelak. Apa pun tak boleh. Pastu saya pun ikut gelak. Lagilah poyo..hahahaha

Agak-agaklah, apa perasaan budak tu bila dah kene sound , pastu orang ramai dengar. Muka merah padamlah jawabnya. Pastu, malu ada sebab kene sound depan orang ramai. Alahai di, kalau tak nak kene sound macam tu silalah pakai tudung tu dengan baju yang lebih elok. Rasanya, ustazah dah habak dah aurat perempuan macam mana.

Tapi, mak cik saya ni pandai sebab dia dah sound dalam keadaan sembunyi. Wahaha...Superb lah mak ya(Eh, bukan mak ya sound depan-depan ke? Konfius sekejap cerita makya). Kalau saya, belum tentu berani macam tu. Ini dinamakan teguran menyindir. Rasa-rasa makan cili, pedaslah jawabnya.

Natijahnya, bukan benda negatif yang datang tetapi perkara positif yang muncul. Bila kita dah sound orang macam tu, pakai baju singkat tapi bertudung; kita nak buat macam tu pun rasa macam pelik. Nanti orang akan cakap, "paku dulang paku serpih, ngata orang dia yang lebih". 

Alhamdulillah, suka tengok mak cik saya dah bertudung. Sweet sangat okai. Korang tak yah mengatal nak usha-usha mak cik saya sebab dia dah ada yang punya (nak usha macam mana, gambar pun tak show on..hahahaha). Seronok dan senyum sampai ke telinga okai.

"Kalau orang melayu boleh pakai skirt, Kenapa orang cina tak boleh berhijab?" 

Haaa! yang ini mesti korang taukan siapa yang cakap. Tak tahu bila Felixia Yap yang cakap. Esok, bermulalah hidup baru bakal seorang mualaf. 5 orang yang keluar Islam, 2 kali ganda yang masuk Islam. Faham tak? Silalah buat faham.

Agak-agak korangla, ada tak perasaan "Terasa" dalam diri korang. Telinga saya dah cukup panas bila dia berkata begitu. Nasib baik Felixia kata "Melayu" bukan "Islam". Kalau dia sebut "Islam", sila tebalkan muka okai. Nak tegur kasar secara depan pun tak makan saman, apatah lagi teguran lembut. 

"Kubur masing-masing, tak sama. Yang terbakar rambut pun masing-masing"..

Amboi, sedap mulut korang. For sure!!!! Memanglah kubur-kubur masing, yang terbakar rambut pun masing-masing tapi tulah alasan masing-masing untuk menutup kesilapan diri. Tapi mereka ni tak faham jugaklah yang kita ni perihatin dengan masalah dia orang ni. Nak ajak orang buat baik bukannya senang, tapi nak ajak buat jahat, 5 saat terus setuju. Kan..kan..kan..kan....

Tapi,sedikit ajakan, teguran, nasihat dan peringatan kepada golongan seperti ini menunjukkan kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai sahabat, khalifah dan muslimah. Dia orang terima atau tidak, itu bergantung kepada mereka. Saya sudah menjalankan tanggungjawab saya kan? Angguklah..Hahaha...gurau-gurau..

Apa yang boleh kita lakukan juga adalah mendoakan mereka agar mereka lebih faham, mengerti dan berubah kepada yang lebih baik. Insyallah...

Oklah, cukupkan daripada perkongsian saya. Jumpa lagi di perkongsian yang akan datang. Renung-renungkan.




Share:

6 comments

  1. belum sampai seru nak bertudung...... tunggu masuk kubur baru seru datang kot...haha..seru dek malaikat dalam kubur la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...agaknya depa nak mcm tu kot baru berubah...tp mcm dah lewat je...hahahaha

      Delete
  2. Kadang2 ada yang pakai tudung, pakai baju blous labuh menutupi aurat mengikut syariat. Tapi stokin pulak tak pakai. Kaki pun aurat jugak. Kadang2 ada yang pakai tudung tapi jarang. Yang ni ramai yang buat tanpa sedar. Kadang2 ada yang pakai tudung baju sopan, stokin pakai. Tapi tudung pulak pendek. Macam2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa kan ikut trend. Alsannya, baru nak belajar......:)

      Delete
  3. mengajar orang ke jalan yang baik memang susah..
    yang jelas tutup aurat tapi bersolek sakan..

    ReplyDelete
  4. as salam. kenapalah ada segolongan perempuan yg masih degil bertudung biarpun sudah ke Makkah? apa2 pun abe kie follow sini. no 119.

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^