Sotong Masak Lada Hitam

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Happy Sunday!!!!! Bagi yang bekerja, selamat bekerja. Bagi yang cuti, selamat bercuti, macam saya. :) .. Bestnya dapat rehat kat rumah. Syokk wo!!! Tapi Bulan ni penuh dengan aktiviti. Jadi, hari ini kita habiskan cuti kita dengan rehat, kemas rumah dan masak. Masak????

Makanan lagi. Bila tinggal sorang-sorang kat rumah, tak tahu nak makan apa. Aiyoyoyo, Buka peti sejuk, tengok di bahagian freeze, apa yang ada. Sotong!!!! Tapi nak masak apa yek? Duk fikir lagi tadi kat rumah, lepas siap basuh baju, kemas rumah baru kita masak.

Tetibe terlintas nak buat sotong masak lada hitam versi Erna. Boleh tak? Boleh ajakan. Ini first time buat sotong masak lada hitam. *Alahai senang je Cik Erna oit*...Alaa, nak masak jugak. Mai sini, saya kongsi resepi yang tak seberapa ni.


Sotong Masak Lada Hitam


Bahan-bahan :

1. Sotong sederhana besar (buang dalamnya, bersihkan dan dipotong bulat). Saya guna 4 ekor sotong.
2. Bawang merah yang telah dikisar (Nak hiris mayang pun boleh).
3. Bawang putih yang dikisar (Nak hiris pun boleh)
4. Halia yang diketuk.
5. 3 biji cili padi.
6. 2 sudu besar sos tiram.
7. 2 sudu kicap manis.
8. Sedikit serbuk lada hitam.
9. Garam
10. Minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili sehingga naik bau.
  2. Masukan sos tiram, kicap dan masukkan sotong. Kacau rata.
  3. Bila sotong sudah bertukar warna/ masak, masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Kacau sikit2 dan siap. Bolehlah dihidangkan.
Simple je masaknya. Saya tak adalah pro mana masaknya. Cuba-cuba je..tak sangka pulak jadinya. Wahahaha...*Puji diri sendiri nampak*. Oklah selamat mencuba.


Tags:

Share:

7 comments

  1. tak pernah try lagi resipi ni.boleh lah buat lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. Selera sungguh kalau masak sendiri pastu menjadi kan? Huhu

    ReplyDelete
  3. okey la.. harini nak masak sotong masak lada hitam la... hihhihi

    ReplyDelete
  4. nyum3....sdapnyer..... jln2 sni yer along...hihi :-)

    ReplyDelete
  5. wah..boleh cuba ni...anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html

    ReplyDelete
  6. sedapnya... sotong tengah tunggu turn kat dalam peti ais tu... hehe

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^